Pengenalan
Jika anda bekerja atau menjalankan perniagaan berkaitan makanan, kursus pengendali makanan adalah wajib ikut peraturan KKM bagi memastikan keselamatan makanan sentiasa terjamin. Berita baiknya, anda tak perlu lagi hadir ke kelas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan secara online dari rumah atau tempat kerja.
Dalam panduan ringkas ini, kami terangkan cara mendaftar kursus pengendali makanan online secara jelas, mudah dan cepat
Panduan daftar
1️⃣ Pilih Pusat Latihan Sah KKM
Pastikan pusat latihan yang anda pilih diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
United Academy merupakan penyedia latihan bertauliah yang menawarkan kelas secara online sepenuhnya dan sijil sah seluruh Malaysia.
📌 Tip: Semak jadual, harga kursus, dan format kelas sebelum daftar
2️⃣ Layari Laman Web Rasmi
Di laman web, anda boleh semak:
- Maklumat kursus
- Pilihan tarikh
- Syarat penyertaan
- Borang pendaftaran
Layari laman rasmi https://unitedacademy.com.my untuk semak maklumat kursus
3️⃣ Pilih Tarikh & Sesi Kelas
Kelas biasanya diadakan beberapa kali seminggu, durasi sekitar 3 jam sahaja.
Anda hanya perlu:
- Pilih waktu yang sesuai (pagi / petang / malam)
- Semak kekosongan tempat
Tip: Pilih tarikh lebih awal jika anda mahu sijil segera untuk urusan kerja/lesen.
4️⃣ Isi Borang Pendaftaran Online
Maklumat asas diperlukan:
- Nama penuh (ikut IC)
- Nombor IC
- Emel & telefon aktif
- Nama syarikat (jika daftar pekerja)
- Pilihan tarikh
Pastikan ejaan nama tepat untuk elakkan masalah pengeluaran sijil nanti.
5️⃣ Buat Pembayaran
Pilihan bayaran yang biasanya disediakan:
- Online banking / FPX
- Debit atau kredit card
- E Wallet / DuitNow
Selepas pembayaran berjaya, anda akan terima pengakuan pendaftaran melalui emel
6️⃣ Terima Pautan Kelas Online
Pautan kelas akan diberikan sebelum sesi bermula melalui Zoom.
Anda hanya perlu:
- Internet stabil
- Kamera perlu dihidupkan sepanjang kelas (syarat wajib KKM)
- Mana-mana peranti seperti telefon, tablet atau laptop
7️⃣ Hadir Kelas dan Jawab Ujian dan Kuiz
Semasa kursus online, anda akan belajar topik utama berikut:
• Pengenalan Undang-undang Makanan – Kefahaman tentang peraturan KKM, tanggungjawab pengendali makanan, dan punca utama keracunan makanan.
• Amalan Kebersihan Makanan & Diri – Teknik mencuci tangan dengan betul, pemakaian sesuai di dapur, dan penjagaan kebersihan semasa menyediakan makanan.
• Keselamatan Makanan – Cara penyimpanan, penyediaan, dan pengendalian makanan bagi memastikan makanan kekal selamat dimakan.
• Faktor Kritikal Keracunan Makanan – Kenal pasti faktor utama yang menyebabkan pencemaran dan cara mencegahnya di premis makanan.
Di akhir kursus, peserta akan menjawab ujian pos sebagai penilaian. Selesai lulus, anda layak menerima sijil pengendali makanan.
8️⃣ Terima Sijil Sah KKM
Selepas tamat kursus dan lulus , anda akan menerima sijil Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf KKM dalam dua bentuk:
• Soft copy (PDF) – dihantar pada hari yang sama selesai kursus
• Sijil asal (hard copy) – dipos ke alamat anda dalam tempoh 3 hari bekerja
Sijil ini sah seumur hidup dan boleh digunakan di semua negeri di Malaysia, sama ada anda bekerja di restoran, kafe, food truck, dapur hotel, pusat jagaan kanak-kanak/orang tua atau bisnes makanan dari rumah.
Kelebihan Menyertai Kursus Secara Online
✔ Mudah dan fleksibel
Belajar dari mana sahaja – rumah, pejabat atau semasa bercuti. Hanya perlukan internet dan peranti seperti laptop atau telefon.
✔ Jimat masa dan kos
Tak perlu hadir ke pusat latihan. Tiada kos pengangkutan, tol atau parkir. Semuanya dilakukan secara dalam talian.
✔ Sesuai untuk semua
Sama ada anda pekerja restoran, peniaga pasar malam, food delivery, atau majikan yang ingin latih staf baru – semua boleh sertai dengan mudah.
✔ Sijil cepat diperoleh
Selepas lulus kuiz, soft copy sijil akan diterima pada hari yang sama, manakala sijil asal dipos dalam beberapa hari bekerja.
Kesimpulan

Mendaftar Kursus Pengendali Makanan secara online adalah pilihan paling mudah dan pantas pada masa kini. Prosesnya ringkas, ikut langkah berikut:
✓ Pilih pusat bertauliah
✓ Pilih tarikh kelas
✓ Daftar & buat bayaran
✓ Hadir kelas online
✓ Lulus ujian
✓ Terima sijil sah KKM ✅
Untuk pendaftaran yang lebih lancar dan sijil yang diiktiraf KKM, daftar melalui United Academy.
🎓 Daftar Sekarang: https://unitedacademy.com.my/