Perkhidmatan & Kursus
Terdapat pelbagai pilihan perkhidmatan & kursus ditawarkan oleh UNITED ACADEMY secara fizikal mahupun online bagi memenuhi permintaan dan keperluan semasa.
Kursus Pengendalian Makanan
Kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan dan penyimpanan makanan.
Kegagalan menghadiri kursus pengendalian makanan boleh menyebabkan pengendali makanan/majikan dikenakan hukuman penjara maksima 2 tahun atau didenda maksimum RM10,000.
Halal Coaching & Consultation
Kami menawarkan perkhidmatan latihan, coaching dan perundingan untuk pengusaha makanan yang berminat untuk memohon Pensijilan Halal Malaysia.
Halal Coaching & Consultation
Menurut Halal Development Corporation (HDC), pasaran halal Malaysia pada tahun 2025 dijangka akan mencapai nilai RM 614.36 Bilion.
Dan sebanyak 70% daripada nilai pasaran tersebut disumbangkan oleh sektor makanan. Walaubagaimanapun dianggarkan tidak sampai 10% premis IKS di Malaysia memperoleh Sijil Halal Malaysia.
Antara punca utama pengusaha produk makanan tidak memohon Pensijilan Halal Malaysia adalah kerana kurangnya kesedaran terhadap kepentingan Pensijilan Halal untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Kebanyakan mereka juga tidak tahu bagaimana cara untuk memohon Pensijilan Halal dan beranggapan permohonan adalah sukar dan leceh. Di United Academy, kami bersedia untuk membantu pengusaha produk makanan yang berminat untuk mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia melalui perkhidmatan latihan, coaching dan perundingan.
Halal Awareness Training
Seperti yang dinyatakan dalam Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 di mana premis yang mempunyai Pensijilan Halal wajib memastikan setiap pekerja menerima latihan berkaitan halal.
Halal Awareness Training
Latihan Kesedaran Halal
Latihan ini memberi pendedahan kepada peserta konsep asas halal dan haram, prosedur Pensijilan Halal Malaysia serta amalan halal yang baik di dalam sesuatu organisasi.
Peserta juga akan didedahkan keperluan untuk menjaga integriti halal dalam organisasi dan kesan sekiranya berlaku ketidakpatuhan halal.
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
HACCP merupakan program keselamatan makanan yang pro-aktif, sistematik & mengutamakan langkah pencegahan. Skim HACCP diwujudkan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi produk makanan mereka.
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
Bengkel sehari ini memperkenalkan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) sebagai kaedah utama menguruskan keselamatan makanan di organisasi.
HACCP adalah sistem jaminan keselamatan makanan yang dirancang untuk mengenal pasti dan mencegah bahaya mikrob dan lain-lain dalam pengeluaran makanan. Ini termasuk langkah-langkah yang dirancang untuk mencegah mudarat keselamatan makanan sebelum ia terjadi dan untuk memperbaiki penyimpangan (deviation) sebaik sahaja ia dikesan.
Melalui latihan ini peserta akan didedahkan dengan kemahiran untuk membangunkan, melaksanakan, mengekalkan dan memantau perlaksanaan HACCP di organisasi.
Suntikan Anti Typhoid
Suntikan vaksin anti typhoid yang diwajibkan kepada setiap pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan dan penyimpanan makanan.
Suntikan Anti Typhoid
Suntikan ini wajib kepada setiap pengendali makanan (Peraturan Kebersihan Makanan 2009). Bertujuan untuk mengelakkan penyebaran demam kepialu (Typhoid fever).
Kami menawarkan perkhidmatan suntikan anti typhoid yang dikendalikan oleh Doktor yang dilantik pada harga yang berpatutan.
Good Manufacturing Practice
Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.
Good Manufacturing Practice
Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practice -GMP) merupakan satu sistem yang boleh digunakan bagi tujuan mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. GMP juga dijadikan sebagai program asas (pre-requisite programme) bagi perlaksanaan Hazard Analysis Critical Control Programme – HACCP di premis pengilangan makanan.
Latihan ini memberi gambaran dan pendedahan kepada peserta, elemen, syarat dan prosedur untuk menerapkan GMP dalam organisasi mereka serta pengenalan MS 1514 Good Manufacturing Practice untuk pensijilan GMP.
Sertai Kursus Pengendalian Makanan
Anda mempunyai pilihan untuk menyertai kursus secara fizikal atau online.