TERMA & SYARAT SERTA POLISI PEMBATALAN DAN PEMULANGAN
Kursus Pengendali Makanan KKM – United Academy PLT
Dengan membuat pendaftaran kursus, peserta/pihak pendaftar dianggap bersetuju dengan semua Terma & Syarat serta Polisi Pembatalan dan Pemulangan yang ditetapkan oleh United Academy PLT.
1. PENDAFTARAN & PEMBAYARAN
- Pendaftaran kursus hanya dianggap sah selepas pembayaran dibuat melalui kaedah yang disediakan di laman web rasmi.
- Bagi pembayaran melalui ATM/Cash Deposit Machine, peserta/pihak pendaftar wajib menghantar resit/slip pembayaran kepada admin kursus melalui WhatsApp. Pendaftaran hanya disahkan selepas resit/slip diterima.
- Pembayaran melalui ATM/Cash Deposit Machine perlu dibuat dalam tempoh 2 jam selepas pendaftaran. Jika resit/slip tidak diterima dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan terbatal secara automatik.
- Hanya peserta berdaftar dan telah membuat pembayaran penuh dibenarkan menghadiri kursus ini.
2. PERTUKARAN SLOT, PERTUKARAN PESERTA, PEMBATALAN & POLISI PEMULANGAN (REFUND)
Semua perkara di bawah adalah tertakluk kepada tarikh pendaftaran dan pembayaran.
- Peserta wajib menghadiri kursus pada tarikh, hari dan masa yang telah didaftarkan.
- Permohonan pertukaran tarikh kursus hendaklah dimaklumkan kepada admin sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus.
- Pertukaran peserta (gantian nama peserta baharu) perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 2 hari bekerja sebelum kursus.
- Pembatalan kursus hanya dibenarkan bagi pendaftaran awal yang dimaklumkan kepada admin sekurang-kurangnya 7 hari bekerja sebelum tarikh kursus.
- Bagi pendaftaran oleh majikan/PIC, jika peserta menarik diri pada saat akhir, pihak United Academy PLT hanya akan memulangkan 50% yuran sekiranya dimaklumkan sehari sebelum kursus. Jika dimaklumkan pada hari kursus, tiada pemulangan dibuat, namun slot boleh dipegang dalam sistem.
- Pemulangan (refund) tidak akan diberikan sekiranya pembatalan disebabkan peserta tidak hadir, peserta telah menghadiri kursus, peserta dikeluarkan atau penyertaan dibatalkan kerana melanggar syarat kursus KKM
- Jika pihak United Academy PLT membatalkan kursus atas sebab luar jangka (contoh: tenaga pengajar kecemasan), peserta akan dihubungi untuk proses pemulangan yuran atau penjadualan semula.
3. GROUP WHATSAPP KURSUS
- Peserta akan menerima pautan jemputan (invite link) untuk menyertai group WhatsApp kursus selewat-lewatnya 2 hari sebelum kursus. Peserta perlu memaklumkan admin jika tidak menerima pautan.
- Semua peserta wajib menyertai group WhatsApp sebaik menerima pautan.
- Segala info kursus, panduan, syarat lulus, dan link ZOOM hanya dikongsi melalui group WhatsApp rasmi.
- Untuk pendaftaran oleh majikan/PIC, adalah tanggungjawab majikan/PIC memaklumkan peserta dan memastikan mereka menyertai group tersebut.
- Kegagalan peserta menyertai group WhatsApp walaupun telah diberi pautan dan peringatan akan menyebabkan slot dibatalkan tanpa pemulangan yuran (non-refundable).
4. SYARAT KELULUSAN KURSUS & PENGELUARAN SIJIL
- Kursus ini adalah kursus rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah.
- Peserta wajib memenuhi semua syarat kursus sehingga tamat sesi ZOOM bagi melayakkan diri menerima sijil.
- Sijil Pengendali Makanan KKM hanya dikeluarkan kepada peserta yang hadir sepenuhnya dan lulus syarat kursus. Sijil tidak akan dikeluarkan kepada peserta yang gagal mematuhi syarat.
- Sijil softcopy (PDF) akan dikeluarkan pada hari yang sama bagi slot pagi dan petang, manakala untuk slot malam, sijil akan dikeluarkan pada pagi keesokan harinya. (Tertakluk kepada kelancaran sistem FOSIM KKM).
- Sijil fizikal (original) akan dipos ke alamat peserta dalam tempoh 3 hari bekerja selepas sijil softcopy dikeluarkan.
5. PENGHANTARAN SIJIL (POSTAGE) & PIHAK COURIER
- United Academy PLT menggunakan khidmat courier berbayar. Proses penghantaran adalah di bawah kawalan pihak courier, bukan United Academy PLT.
- Jika berlaku isu penghantaran disebabkan pihak courier, United Academy PLT akan membantu mencari penyelesaian terbaik.
- Jika isu berpunca daripada peserta/pihak pendaftar (contoh: alamat salah, poskod salah), segala kos tambahan akan ditanggung oleh peserta/pihak pendaftar.
6. PERLINDUNGAN DATA
- Dengan membuat pendaftaran di laman web United Academy PLT (www.unitedacademy.com.my), peserta bersetuju bahawa data peribadi digunakan mengikut Dasar Privasi.
- Jika data yang diberikan melibatkan pihak ketiga, peserta/pihak pendaftar bertanggungjawab mendapatkan kebenaran daripada pihak tersebut.
7. ADUAN & CADANGAN
- United Academy PLT komited memberikan perkhidmatan latihan dan konsultasi yang profesional kepada semua peserta.
- Sebarang cadangan/aduan boleh disalurkan terus kepada admin atau staf pengurusan United Academy PLT.
- Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kata-kata kesat, provokasi, ugutan, atau hantaran di media sosial yang menjejaskan reputasi United Academy PLT atau stafnya, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan undang-undang jika perlu.
8. UMUM
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendaftaran dan penyertaan masing-masing. Kegagalan membaca/ memahami Terma & Syarat adalah tanggungjawab peserta sendiri.
- United Academy PLT berhak meminda Terma & Syarat ini tanpa sebarang notis awal.
- Versi terkini Terma & Syarat sentiasa dirujuk melalui laman web rasmi United Academy PLT (www.unitedacademy.com.my).