Apa Itu Kursus Pengendali Makanan Diiktiraf KKM

Blog United Academy

Kongsi artikel ini:

Facebook
Telegram
X
WhatsApp
kursus pengendali makanan KKM

Kursus Pengendali Makanan ialah kursus wajib yang perlu dihadiri oleh semua individu yang terlibat dalam penyediaan, pengendalian, pemprosesan, pembungkusan dan penyajian makanan di Malaysia. Kursus ini merupakan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaupun ramai orang anggap kursus ini hanya “kursus pendek untuk dapatkan sijil”, hakikatnya ia adalah program yang direka untuk memastikan setiap pengendali makanan memahami aspek keselamatan makanan, kebersihan diri, kawalan pencemaran dan risiko keracunan makanan.

Di Malaysia, kursus ini hanya sah jika ia diiktiraf secara rasmi oleh KKM dan dijalankan oleh SLPM (Sekolah Latihan Pengendali Makanan) yang berdaftar.

Kursus Pengendali Makanan-Sijil Pengiktirafan SLPM
Kursus Pengendali Makanan-Sijil Pengiktirafan SLPM

Kenapa Kursus Pengendali Makanan Wajib Menurut Undang-Undang Malaysia

KKM menetapkan kewajipan ini untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan (foodborne illness). Punca utama keracunan makanan selalunya datang daripada:

  • makanan tidak dimasak sempurna
  • penyimpanan suhu tidak selamat
  • cross-contamination
  • pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri
  • peralatan tidak dibersihkan betul

Oleh sebab itu, pekerja F&B memang wajib faham asas keselamatan makanan. KKM juga menjalankan audit dan pemeriksaan, dan salah satu perkara pertama yang mereka minta ialah Sijil Pengendali Makanan. Tanpa sijil, premis boleh dikenakan tindakan.


Siapa Yang Wajib Hadir Kursus Ini

Ramai orang tak tahu, tapi semua yang bekerja dalam sektor makanan wajib hadir.

Antaranya:

  • pekerja restoran
  • pekerja pasar malam / gerai makan / hawker
  • penghantar makanan (food rider) yang handle makanan
  • pekerja kilang makanan
  • pekerja kantin sekolah / universiti
  • pekerja katering
  • staf bakery
  • pekerja cloud kitchen
  • penyedia makanan dari rumah (home-based seller)
  • pengusaha air balang, air jagung, teh ais
  • operator food truck

Selagi sentuh makanan ,wajib hadir.


Apa Kandungan Kursus Pengendali Makanan

Kursus biasanya mengambil masa 3 jam dan meliputi topik:

Modul 1: Pengenalan
  • Keperluan kursus, undang-undang makanan, definisi premis & pengendali makanan
  • Tanggungjawab penyelia, pendaftaran premis, punca keracunan makanan
Modul 2: Kebersihan Makanan
  • Definisi & kepentingan kebersihan makanan dan diri, teknik cuci tangan
  • Pakaian pengendali, amalan baik & buruk
  • Pengendalian peralatan, pembersihan & kawalan perosak.
Modul 3: Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Pemilihan bahan mentah
  • Penyimpanan, pengendalian bahan mentah
  • Penyediaan, pembungkusan makanan
  • Pengangkutan
Modul 4: Faktor Kritikal Keracunan Makanan
  • Ulang kaji faktor penyebab keracunan makanan
  • Ujian akhir, soal jawab & penutup

Berapa Lama Tempoh Sah Sijil Pengendali Makanan

Untuk Malaysia, sijil sah seumur hidup.

Tetapi… jika sijil hilang atau rosak, anda boleh buat salinan semula melalui SLPM yang mengeluarkan sijil.


Format Kursus: Online atau Fizikal, Mana Lebih Baik

Sejak 2020, KKM membenarkan kursus dibuat secara:

1. Online (Live Class)
  • dijalankan secara Google Meet / Zoom
  • lebih fleksibel
  • staf boleh join dari mana-mana
  • sah di sisi undang-undang jika dijalankan oleh SLPM berdaftar
kursus pengendali makanan online
2. Fizikal
  • dijalankan di bilik kelas
  • sesuai untuk syarikat perlukan banyak peserta sekali gus
  • sesuai untuk kilang dan organisasi besar

Dua-dua format sah dan diiktiraf KKM.

Kursus Pengendali Makanan Fizikal

Kelebihan Mengambil Kursus Pengendali Makanan
  • Sijil sah seumur hidup
  • Penting untuk audit dan pemeriksaan KKM
  • Kurangkan risiko keracunan makanan
  • Wajib sebelum bekerja di premis makanan
  • Kenaikan peluang kerja dalam F&B
  • Meningkatkan standard kebersihan premis

Apa Jadi Kalau Tidak Hadir Kursus Pengendali Makanan

Majikan atau pekerja boleh:

  • kena kompaun
  • kena amaran bertulis
  • dipanggil untuk audit penuh
  • penutupan premis (jika kesalahan berulang)
  • reputasi perniagaan jatuh jika viral isu kebersihan

Cara Mendaftar Kursus Pengendali Makanan

Proses sangat mudah:

  1. Pilih tarikh kursus
  2. Buat pendaftaran
  3. Hadiri kelas (online atau fizikal)
  4. Lulus kuiz ringkas
  5. Terima sijil digital & hardcopy

Pendaftaran boleh dibuat di United Academy.


Kursus Pengendali Makanan United Academy (SLPM Diiktiraf KKM)

United Academy ialah SLPM berdaftar dengan KKM dan telah melatih lebih 50,000 peserta seluruh Malaysia.

Kelebihan United Academy:

  • kelas online setiap hari
  • sijil diiktiraf KKM
  • sokongan 7 hari seminggu
  • tenaga pengajar berpengalaman
  • proses pendaftaran mudah
  • sijil siap pada hari yang sama
Kursus Pengendali Makanan - Sijil Kehadiran
Kursus Pengendali Makanan – Sijil Kehadiran

➡️ [Daftar Kursus Pengendali Makanan United Academy]


Kesimpulan

Kursus Pengendali Makanan bukan sekadar syarat, tetapi asas penting untuk memastikan keselamatan makanan. Dengan memahami hygiene,pencegahan kontaminasi dan undang-undang KKM, setiap pengendali makanan dapat membantu mengurangkan risiko keracunan makanan di Malaysia.

Untuk sesiapa yang bekerja dalam industri makanan, menghadiri kursus ini adalah pelaburan yang wajib dan United Academy menyediakan platform termudah untuk mendapatkannya.


Berminat Untuk Dapatkan Konsultasi Dari Kami?

Tekan Butang Di bawah Dengan Hubungi Kami Sekarang.