Kursus Pengendali Makanan: Siapa Perlu Hadir dan Kenapa

Blog United Academy

Kongsi artikel ini:

Facebook
Telegram
X
WhatsApp
Kursus Pengendali Makanan di United Academy Shah Alam

Dalam dunia perniagaan makanan, aspek kebersihan dan keselamatan tidak boleh dipandang ringan. Kesilapan kecil dalam pengendalian makanan boleh membawa kepada keracunan, jangkitan penyakit dan reputasi perniagaan yang terjejas. Atas sebab inilah Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan semua individu yang terlibat dalam penyediaan dan pengendalian makanan untuk mengikuti Kursus Pengendali Makanan.

Namun kursus ini bukan sekadar syarat undang-undang. Ia adalah satu bentuk pendidikan penting yang memberi pengetahuan asas dalam memastikan makanan yang disediakan selamat, bersih dan berkualiti.

Apa Itu Kursus Pengendali Makanan

Kursus ini adalah latihan rasmi selama tiga jam yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan. Ia boleh diikuti secara dalam talian atau bersemuka dan diakhiri dengan pemberian sijil yang sah seumur hidup.

Beberapa fakta penting mengenai kursus pengendali makanan:

✅ Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
✅ Sijil sah seumur hidup dan diterima oleh semua pihak berkuasa tempatan
✅ Diperlukan untuk permohonan lesen premis makanan
✅ Syarat wajib oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pengusaha taska dan tadika
✅ Yuran hanya RM50 seorang

Kenapa Kursus Ini Penting

1. Mengelakkan risiko penyakit bawaan makanan
Makanan yang tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan keracunan, cirit-birit, muntah atau penyakit yang lebih serius. Kursus ini memberikan pengetahuan penting tentang cara mengelakkan pencemaran makanan, kebersihan diri dan teknik penyimpanan yang betul.

2. Pematuhan kepada undang-undang Malaysia
Mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan diwajibkan menghadiri kursus pengendali makanan. Jika gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

3. Keperluan permohonan lesen dan syarat kelulusan JKM
Sijil pengendali makanan diperlukan untuk memohon lesen premis makanan dari Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga merupakan salah satu syarat wajib daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk permohonan dan pembaharuan lesen taska dan tadika.

4. Meningkatkan keyakinan pelanggan
Pelanggan hari ini lebih peka terhadap isu kebersihan. Apabila kakitangan anda memiliki sijil dan latihan yang sah, ia menunjukkan komitmen perniagaan terhadap standard keselamatan makanan yang tinggi.

5. Mengelakkan kerugian kepada perniagaan
Satu kes keracunan makanan boleh menyebabkan perniagaan disiasat, ditutup sementara atau disaman. Kesannya boleh memberi impak jangka panjang terhadap kepercayaan pelanggan dan pendapatan syarikat.

Siapa Yang Wajib Hadir

Kursus pengendali makanan wajib untuk semua yang mengendalikan makanan secara langsung, termasuk:

  • Pengusaha restoran, kafe dan gerai makanan
  • Pekerja kilang makanan dan minuman
  • Pengusaha katering dan kantin
  • Petugas di taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak
  • Penjual makanan dari rumah atau secara dalam talian
  • Pekerja bakeri, pasar mini dan kedai runcit yang menjual makanan

Bagaimana Kursus Ini Dijalankan

Secara dalam talian
Dijalankan melalui Zoom dan boleh disertai dari mana-mana sahaja. Sijil dalam bentuk PDF akan diterima pada hari yang sama. Sijil asal dihantar ke alamat peserta.

kursus pengendali makanan online

Kursus pengendali makanan secara online

Secara fizikal
Dijalankan di pusat latihan rasmi United Academy yang terletak di Shah Alam. Sangat sesuai untuk peserta yang lebih selesa belajar secara bersemuka.

Secara in-house untuk organisasi
Boleh dijalankan di premis syarikat jika ada ramai pekerja. Sesuai untuk taska, kilang, tadika dan restoran besar. Kami boleh datang terus ke lokasi anda.

Kursus pengendali makanan in-house dijalankan di premis perniagaan peserta

Kursus pengendali makanan secara in house yang dijalankan salah satu resort terkenal di Ipoh perak

Kursus pengendali makanan in-house

Kursus ini juga layak untuk tuntutan HRD Corp
Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp boleh membuat tuntutan. Kami akan bantu sediakan semua dokumen berkaitan.

Langkah Bijak untuk Lindungi Perniagaan Anda

Sijil Pengendali Makanan bukan sekadar dokumen, ia adalah lambang tanggungjawab, keprihatinan dan profesionalisme dalam bidang makanan. Di sebalik sekeping sijil ini tersembunyi ilmu penting yang mampu menyelamatkan nyawa, melindungi pelanggan dan memastikan kelangsungan perniagaan.

Jangan tunggu hingga disaman atau diberi notis penutupan. Jadikan kursus ini langkah pertama ke arah operasi makanan yang selamat, patuh dan diyakini. Sertai ribuan pengendali makanan lain yang telah memilih untuk melindungi pengguna dan menaikkan standard industri makanan di Malaysia.

DAFTAR KURSUS PENGENDALI MAKANAN KKM DI SINI

Berminat Untuk Dapatkan Konsultasi Dari Kami?

Tekan Butang Di bawah Dengan Hubungi Kami Sekarang.