Peraturan Kebersihan Makanan KKM yang Wajib Dipatuhi

Blog United Academy

Kongsi artikel ini:

Facebook
Telegram
X
WhatsApp
kursus peengendali makanan kkm

Malaysia mempunyai satu rangka undang-undang yang khusus mengawal keselamatan makanan iaitu Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bertujuan memastikan setiap premis makanan beroperasi dengan standard kebersihan tinggi, dan setiap pengendali makanan memahami cara pengendalian makanan yang betul bagi mengelakkan keracunan makanan.


1. Semua Pengendali Makanan Wajib Hadir Kursus Pengendali Makanan (Peraturan 30)

KKM mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan dalam masa sebelum mula bekerja di premis.

Kursus wajib ini memastikan pekerja:

  • faham kebersihan diri
  • tahu cara kawal pencemaran silang
  • tahu cara penyimpanan makanan selamat
  • faham undang-undang makanan

Kursus boleh dijalankan secara online atau fizikal, asalkan ia dianjurkan oleh SLPM berdaftar.


2. Pengendali Makanan Mesti Menjaga Kebersihan Diri (Peraturan 32)

Pengendali makanan wajib:

  • mencuci tangan dengan betul
  • memakai pakaian bersih
  • memakai hairnet
  • tidak memakai aksesori berlebihan
  • tidak bekerja jika mengalami cirit-birit, muntah, demam atau penyakit berjangkit
  • menjaga kuku, rambut dan kebersihan keseluruhan

Semasa audit, pegawai KKM sering memberi kompaun jika pekerja tidak memakai penutup kepala atau apron.


3. Pengendalian Makanan Dengan Selamat (Peraturan 33)

Peraturan ini menetapkan cara makanan mesti ditangani:

  • elakkan pencemaran silang
  • asingkan makanan mentah dan masak
  • simpan makanan pada suhu selamat
  • defrost makanan dengan betul
  • pastikan semua barang mentah dibersihkan
  • labelkan makanan dalam penyimpanan

KKM akan melihat SOP dapur dan cara penyediaan istimewa seperti ayam, makanan laut, makanan ready-to-eat dan sebagainya.


4. Kebersihan Premis Makanan (Peraturan 34)

Premis wajib sentiasa bersih dan memenuhi standard:

  • bebas serangga
  • permukaan kerja mudah dicuci
  • tong sampah bertutup
  • lantai anti-slip
  • pencahayaan mencukupi
  • tiada peralatan berkarat
  • dapur tersusun dan tidak bersepah

Kesalahan seperti lalat, tikus, atau peralatan rosak boleh menyebabkan premis diarahkan tutup sementara.


5. Air Yang Digunakan Mestilah Bersih (Peraturan 35)

Sumber air yang digunakan dalam dapur mesti:

  • air bersih dan selamat diminum
  • tidak tercemar
  • tidak disimpan dalam tangki yang tidak diselenggara
  • digunakan untuk memasak, mencuci dan penyediaan minuman

KKM juga memeriksa keadaan filter, paip dan tangki air.


6. Penyimpanan Makanan Secara Selamat (Peraturan 36)

KKM menetapkan suhu penyimpanan makanan:

  • makanan sejuk ≤ 5°C
  • makanan panas ≥ 60°C
  • makanan beku ≤ -18°C

Selain itu:

  • makanan tidak boleh diletakkan atas lantai
  • makanan mesti dilabelkan tarikh
  • peti sejuk tidak boleh overload
  • makanan mentah & masak tidak boleh bercampur

Ini antara topik paling kritikal kerana suhu salah = risiko keracunan tinggi.


7. Pembersihan Peralatan & Sanitasi (Peraturan 37)

Standard kebersihan peralatan:

  • sinki berasingan untuk cuci makanan & peralatan
  • sabun & sanitizer selamat makanan
  • kain lap mesti bersih
  • rak pengeringan mesti disediakan
  • tiada peralatan retak atau berkarat

Audit rawak KKM selalu fokus pada bahagian ini.


8. Peraturan Tandas (Peraturan 38)

Tandas mesti sentiasa:

  • bersih
  • ada sabun & air
  • tidak berbau
  • tidak bersebelahan dapur tanpa pemisah
  • diselenggara dengan baik

Kondisi tandas sering menjadi sebab audit gagal.


9. Pengangkutan Makanan (Peraturan 39)

Jika premis menghantar makanan:

  • kenderaan mesti bersih
  • kontena makanan bertutup
  • suhu makanan dikawal
  • penghantar makanan menjaga hygiene

Rider yang handle makanan juga perlu menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang baik


10. Sijil Pengendali Makanan & Dokumentasi Premis

Premis mesti menyimpan:

  • sijil pengendali makanan semua pekerja
  • rekod sanitasi
  • rekod suhu peti sejuk
  • SOP dapur
  • rekod pembersihan harian

Audit KKM memerlukan semua rekod ini disediakan.

Jika tiada sijil pekerja → terus gagal audit.

kursus pengendali makanan

Kursus pengendali makanan dari United Academy

Maklumat kursus pengendali makanan boleh dirujuk di:
➡️ https://unitedacademy.com.my/


Apa Jadi Jika Premis Tidak Mematuhi Peraturan

Akibat kesalahan:

  • kompaun
  • notis amaran
  • penutupan premis
  • tindakan mahkamah
  • reputasi premis rosak
  • viral di media sosial (keracunan makanan)

KKM sangat tegas dengan premis yang tidak patuh.


Bagaimana Kursus Pengendali Makanan Membantu Pematuhan KKM

Kursus pengendali makanan wajib kerana ia:

  • mengajar hygiene
  • mengelakkan cross contamination
  • meningkatkan standard kebersihan
  • membantu lulus audit
  • melatih pekerja baru sebelum mula bekerja
Kesimpulan

Peraturan Kebersihan Makanan di bawah KKM adalah rangka asas yang memastikan makanan selamat dan pelanggan dilindungi. Majikan dan pekerja perlu mengetahui peraturan ini secara mendalam untuk mengelakkan kesalahan, terutama semasa audit.

Jika anda ingin menyemak senarai pusat latihan yang sah, rujuk link rasmi KKM:
➡️ https://hq.moh.gov.my/fsq/sekolah-latihan-pengendali-makanan-diiktiraf

Dan untuk pendaftaran kursus pengendali makanan secara mudah:
➡️ https://unitedacademy.com.my/

Berminat Untuk Dapatkan Konsultasi Dari Kami?

Tekan Butang Di bawah Dengan Hubungi Kami Sekarang.