Keracunan makanan adalah antara ancaman utama dalam industri makanan di Malaysia. Walaupun nampak kecil, satu insiden sahaja boleh memberi kesan besar kepada kesihatan pengguna, reputasi premis dan kelangsungan perniagaan. Yang menyedihkan, kebanyakan kes ini berpunca daripada kelalaian pengendali makanan itu sendiri dan ia boleh dielakkan sekiranya mereka diberi latihan asas yang betul.
Inilah sebabnya mengapa kursus pengendali makanan menjadi syarat wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan atau penjualan makanan.
Faktor Utama Keracunan Makanan dan Peranan Pengendali Makanan
Mengikut laporan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM lebih 70 peratus kes keracunan makanan di Malaysia berpunca daripada pengendalian makanan yang tidak bersih dan tidak selamat. Berikut adalah beberapa faktor utama yang sering berlaku:
Kebersihan diri tidak dijaga
Antaranya tidak membasuh tangan dengan sabun, tidak memakai penutup kepala atau apron, berkuku panjang, memakai barang kemas atau mempunyai luka terbuka di tangan ketika menyediakan makana
Pencemaran silang
Makanan mentah dan makanan sedia dimakan dipotong pada papan pemotong yang sama tanpa dibersihkan terlebih dahulu. Ini boleh memindahkan bakteria dari makanan mentah ke makanan yang sudah masak
Suhu penyimpanan tidak sesuai
Makanan panas dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik manakala makanan sejuk tidak disimpan dalam peti sejuk pada suhu yang sesuai
Makanan tidak dimasak sempurna
Ayam, daging atau makanan laut yang separuh masak berisiko mengandungi bakteria berbahaya. Makanan juga kadangkala dipanaskan semula terlalu lama selepas dimasak awal
Persekitaran kotor
Dapur yang berminyak, peralatan tidak dibasuh, tong sampah terbuka dan kehadiran serangga adalah penyumbang utama kepada pencemaran makanan
Kesemua faktor ini berpunca daripada pengendali makanan yang tidak berilmu atau tidak mengambil serius aspek keselamatan makanan
Contoh Kes Keracunan Makanan di Malaysia
Beberapa kejadian keracunan makanan di Malaysia membuktikan bagaimana satu kesilapan boleh membawa padah besar
Kes puding buih di Terengganu 2020
Sekitar 99 orang menerima rawatan selepas memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian, yang didapati menggunakan telur melepasi tarikh luput. Seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia akibat kejadian ini setelah mengalami kegagalan pelbagai organ akibat septikaemia. Pejabat kesihatan negeri turut menutup dapur pengeluar selama 14 hari
Kes kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Kedah 2013
Ayam masak merah yang disimpan pada suhu bilik lebih 12 jam dicemari Salmonella. Hasilnya, empat orang meninggal dunia dan lebih 200 menerima rawatan hospital. Faktor utama ialah kelalaian pengendali makanan dalam pengendalian, kebersihan dan penyimpanan makanan yang tidak selamat
Kes remaja meninggal selepas makan bihun dan telur di Gombak 2024
Pada 10 Jun 2024, seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas makan bihun goreng dan telur yang dibawa pulang dari satu program agama di Sungai Cincin, Gombak. Beberapa ahli keluarga turut mengalami simptom muntah dan cirit‑birit. Investigasi menunjukkan makanan tersebut disediakan oleh pengendali yang tidak dilatih dengan amalan keselamatan makanan yang betul
Implikasi Keracunan Makanan Kepada Perniagaan
Satu kes keracunan makanan boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada pengusaha premis makanan
Reputasi tercalar
Pelanggan akan hilang kepercayaan. Sekali kes tular di media sosial, imej anda sukar dipulihkan
Tindakan undang-undang
KKM boleh mengenakan kompaun sehingga RM100,000, mengarahkan penutupan sementara atau kekal premis dan membawa kes ke mahkamah bawah Akta Makanan 1983
Kerugian kewangan
Premis ditutup, pelanggan hilang, operasi terhenti dan kos guaman boleh melemahkan kedudukan kewangan syarikat
Lesen perniagaan dibatalkan

Pihak berkuasa seperti PBT dan JKM boleh menggantung atau membatalkan lesen sekiranya premis tidak mematuhi syarat keselamatan makanan
Kursus Pengendali Makanan Mencegah Risiko dan Menyelamatkan Nyawa
Kursus pengendali makanan adalah senjata pertama dalam mencegah keracunan makanan. Dengan mengikuti kursus ini, pengendali akan dilatih dalam aspek kritikal seperti:
- Kaedah mencuci tangan dan peralatan dengan betul
- Amalan penyimpanan makanan mengikut suhu selamat
- Cara elakkan pencemaran silang
- Penjagaan kebersihan diri dan tempat kerja
- Tindakan segera jika berlaku keracunan makanan
Tanpa pengetahuan ini, pengendali makanan menjadi ancaman tersembunyi yang boleh menjejaskan kesihatan ramai orang
Cara Daftar Kursus Pengendali Makanan

United Academy menawarkan kursus yang
- Diiktiraf oleh KKM
- Boleh diambil secara fizikal atau online
- Sijil sah seumur hidup
- HRDC claimable untuk syarikat berdaftar
Lindungi Nyawa dan Perniagaan Anda Hari Ini
Keracunan makanan bukan sekadar isu kebersihan. Ia adalah soal tanggungjawab dan nyawa manusia. Setiap pengendali makanan memegang amanah besar dalam memastikan makanan yang disediakan tidak membahayakan sesiapa.
Jangan tunggu sehingga berlaku tragedi baru mahu bertindak. Kursus pengendali makanan bukan sekadar syarat, tetapi satu keperluan mutlak untuk keselamatan dan kelangsungan perniagaan anda.
Ambil langkah yang betul hari ini. Lengkapkan diri anda atau pekerja anda dengan ilmu yang sah dan diiktiraf. Pilih untuk menjadi pengendali makanan yang bertanggungjawab, beretika dan diyakin