Terma & Syarat

Semua pendaftaran kursus dengan pihak kami hendaklah mematuhi Terma & Syarat seperti yang terkandung di dalam ini.

Semua pendaftaran kursus dengan pihak kami hendaklah mematuhi Terma & Syarat seperti yang terkandung di dalam ini. Adalah dinasihati agar semua peserta yang ingin berdaftar membaca dan memahami Terma & Syarat ini sebelum membuat sebarang pendaftaran.
  1. Tempat Adalah Terhad
    • Kursus-Kursus yang kami tawarkan terhad kepada hanya 30 Peserta untuk satu (1) sesi. Pendaftaran adalah berdasarkan ‘First-come-first-serve Basis’ atau dengan erti kata lain, siapa yang cepat daftar dia yang dapat.
    • Bagi Kursus Online: Setiap sesi hanya dihadkan kepada maksima 20 Peserta sahaja.
  2. Pendaftaran
    • Pendaftaran boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
      1. Melalui sistem pendaftaran online kami.
      2. Daftar manual di pejabat kami. Pembayaran secara manual tidak diterima sepanjang tempoh PKP (maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa).
    • Pendaftaran hendaklah diberikan maklumat penuh dan tepat seperti yang dipinta agar memudahkan kami mencetak sijil dan juga menghubungi anda untuk makluman kursus.
      1. Tiada pendaftaran diterima pada hari kursus melainkan mendapat pelepasan/makluman dari wakil syarikat kami.
      2. Wakil syarikat kami yang bertugas berhak untuk tidak menerima peserta kursus yang hadir pada hari kursus tanpa membuat pendaftaran dahulu.
  3. Pembayaran Yuran Khusus
    •  Pembayaran yuran kursus hendaklah dibuat paling lewat 1 hari sebelum tarikh kursus iaitu sebelum jam 12 Tengah Hari.
    • Pendaftaran tanpa bayaran yang diterima sebelum tempoh tersebut akan dibatalkan secara automatik.
    • Pembayaran tanpa pendaftaran juga tidak bermakna anda boleh terus hadir.
  4. Pembatalan Kursus
    • Pihak Syarikat berhak membatalkan/menunda kursus dengan notis terlebih dahulu beserta bayaran balik penuh kepada peserta.
    • Walaupun ini adalah kejadian yang jarang berlaku, sesetengah kursus yang kami tawarkan memerlukan kehadiran minima untuk ia diteruskan, tenaga pengajar kami mungkin tidak sihat atau mengalami kecemasan yang tidak memungkinkan untuk menjalankan kursus dan juga atas faktor lain yang di luar kawalan kami.
    • Pihak syarikat juga tidak bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami oleh peserta dari segi logistik (tempahan hotel, tiket kapal terbang dsb) .
  5. Polisi Bayaran Balik (Refund Policy).
    • Bagi bayaran yuran kursus Pengendalian Makanan:
      1. Sekiranya peserta kursus gagal hadir pada tarikh kursus tersebut tanpa alasan yang munasabah (dengan bukti black&white cth: surat hospital), yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.
      2. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh, yuran tersebut boleh dibawa ke hadapan pada mana-mana tarikh kursus yang dibuka.
      3. Sekiranya tarikh baharu tersebut gagal juga hadir, yuran pendaftaran tersebut dikira hangus.
      4. Sekiranya pembayaran telah dibuat dan peserta ingin membatalkan pendaftaran dan meminta bayaran balik, permohonan bayaran balik tersebut hendaklah dibuat sebelum Tujuh Puluh Dua (72) Jam sebelum tarikh kursus yang didaftarkan dan hanya 90% sahaja bayaran akan dipulangkan.
      5. Sekiranya permohonan bayaran balik dibuat selepas 72 jam sebelum tarikh kursus didaftarkan, maka tiada pembayaran balik diberikan, hanya penukaran tarikh kursus dibenarkan. Hanya satu kali sahaja penukaran tarikh diberikan.
    • Bagi kursus-kursus yang lain:
      1. Permohonan pembatalan pendaftaran dan bayaran balik hendaklah dibuat dalam masa Tujuh (7) Hari Bekerja dari tarikh kursus. Pembayaran balik hanya dipulangkan 50% sahaja.
      2. Tiada pembayaran balik diberikan bagi permohonan pembayaran balik selepas tempoh tersebut.
    • NOTA: Pembayaran balik akan dilakukan dalam tempoh 30 hari dari permohonan dilakukan.
  6. Perubahan kepada Terma & Syarat.
    • Pihak United Academy PLT berhak untuk meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa yang dianggap relevan kepada situasi syarikat tanpa perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak.
Scroll to Top