Sijil Pengendali Makanan ialah bukti rasmi bahawa seseorang pengendali makanan telah menghadiri kursus keselamatan makanan yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam industri makanan Malaysia, sijil ini bukan sekadar kertas atau formaliti. Ia menunjukkan bahawa pekerja memahami cara mengendalikan makanan secara selamat bagi mencegah keracunan makanan dan menjaga standard kebersihan premis.
Ramai yang keliru tentang tempoh sah sijil, cara dapatkan sijil, macam mana nak verify, dan siapa yang wajib ada sijil ini. Jadi artikel ini akan terangkan semua dengan lengkap dan mudah faham.
Apa Itu Sijil Pengendali Makanan
Sijil Pengendali Makanan ialah dokumen yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang berdaftar dengan KKM dan diberikan kepada peserta selepas mereka menghadiri kursus selama 3 jam dan lulus penilaian ringkas.
Sijil ini membuktikan peserta telah belajar:
- kebersihan diri pengendali makanan
- cara mencegah pencemaran silang
- kawalan suhu makanan
- undang-undang berkaitan makanan
- cara penyimpanan makanan dengan betul
- bagaimana mencegah keracunan makanan di premis
KKM menguatkuasakan sijil ini melalui Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Sijil Pengendali Makanan Sah Seumur Hidup
Malaysia adalah antara negara yang mengiktiraf sijil ini seumur hidup.
Ini bermaksud:
- tiada expiry date
- tidak perlu renew
- tidak perlu ambil kursus berkali-kali
- tidak perlu ambil peperiksaan tambahan
Sekali anda ambil, ia sah selama-lamanya.
TETAPI… ada beberapa situasi yang memerlukan tindakan:
- sijil hilang → perlu mohon salinan baharu
- nama salah ejaan → perlu perbetulkan
- tukar majikan → sijil masih sah, tidak perlu ambil semula
- sertai audit → perlu tunjuk sijil sah
Siapa Yang Wajib Ada Sijil Ini
Sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengendalian makanan WAJIB ada sijil ini.
Ini termasuk:
✔ Pekerja restoran
Waiter, dapur, barista, pembantu dapur, cashier yang handle makanan.
✔ Penjaja & peniaga pasar malam
Air balang, burger, sate, nasi kukus, goreng-goreng.
✔ Pekerja kantin sekolah & universiti
Cikgu kantin, operator luar, asrama.
✔ Kilang makanan
Operator line, QC, packaging, production.
✔ Peniaga home-based
Buat kuih, kek, masakan, sambal, makanan frozen.
✔ Cloud kitchen & food truck
Operator dapur berkongsi atau bergerak.
Bagaimana Sijil Pengendali Makanan Dikeluarkan
Sijil hanya boleh dikeluarkan oleh SLPM yang diluluskan oleh KKM.
Ini bermaksud kursus mesti dijalankan oleh pusat latihan rasmi.
Proses sijil:
- Hadiri kursus 3 jam (online atau fizikal)
- Jawab kuiz penilaian
- Sijil dikeluarkan dalam bentuk PDF atau hardcopy
- Sijil mempunyai nombor siri rasmi
- Sijil boleh disahkan melalui QR code atau sistem SLPM
United Academy ialah SLPM berdaftar di bawah KKM, jadi sijil yang dikeluarkan adalah sah 100% di seluruh Malaysia.
Bolehkah Ambil Kursus Pengendali Makanan Secara Online?
Ya, boleh.
Dan sijil online adalah sah, selagi kelas dijalankan secara LIVE oleh SLPM berdaftar.
Kelebihan kursus online:
- boleh join guna phone
- flexible
- staf kerja shift pun boleh join
- jimat masa & kos
- sijil dapat hari yang sama
Ramai majikan sekarang prefer online sebab cepat dan mudah.
Cara Semak Sijil Pengendali Makanan Sah atau Tidak
Ini penting sebab sekarang banyak sijil palsu yang dijual online.
Cara untuk verify:
✔ 1. Semak nombor siri sijil
Contoh: SL0621002-1P01-LP112534650
Kalau tiada SL = tak sah.
✔ 2. Hubungi pusat SLPM
Tanya sama ada sijil ini wujud dalam rekod mereka.
✔ 3. Semak format sijil
Sijil sah ada:
- logo rasmi SLPM
- nombor siri
- tarikh kursus
- nama peserta
- nama tenaga pengajar
- alamat latihan
✔ 4. Semak di website BKKM
Boleh layari website BKKM untuk melihat senarai SLPM yang diiktiraf oleh KKM

Sijil Pengiktirafan KKM untuk United Academy sebagai salah sebuah SLPM diiktiraf KKM
Bagaimana Jika Sijil Hilang?
Kalau hilang, jangan risau.
Anda tidak perlu ambil kursus semula.
Cuma:
- Hubungi SLPM asal
- Beri nama penuh + IC
- Minta salinan PDF
- Jika perlu hardcopy baharu, biasanya ada caj printing & postage kecil
United Academy boleh keluarkan salinan semula bila-bila masa untuk bekas peserta.
Kesalahan Biasa Berkaitan Sijil Pengendali Makanan
Antara kesilapan yang selalu berlaku:
- pekerja tak ambil kursus langsung
- guna sijil palsu / beli sijil tanpa hadir kelas
- majikan tak simpan salinan sijil pekerja
- sijil hilang dan tak buat salinan
- staff baru masuk tapi majikan tak minta sijil
- staff ambil kursus tetapi pusat latihan tidak sah
Paling bahaya ialah guna sijil palsu.
Jika KKM datang audit, ia dianggap kesalahan serius.
Apa Hukuman Jika Tiada Sijil
Menurut undang-undang, pekerja yang tidak mempunyai sijil boleh:
- dikenakan kompaun
- diarahkan berhenti kerja serta merta
- premis mendapat amaran
- kes dibawa ke mahkamah jika berulang
Ketiadaan sijil sering menjadi punca audit gagal.
Kelebihan Mempunyai Sijil Pengendali Makanan
- mudah dapat kerja F&B
- mematuhi syarat KKM
- membantu premis lulus audit
- meningkatkan kebersihan premis
- mengelakkan keracunan makanan
- melindungi pelanggan & reputasi bisnes
Majikan yang berdisiplin akan pastikan semua pekerja mereka mempunyai sijil ini.
Bagaimana Cara Mendapatkan Sijil Melalui United Academy
Proses sangat mudah dan cepat:
- Pilih tarikh kursus (online atau fizikal)
- Daftar dalam masa 2 minit
- Hadiri kelas 3 jam
- Lulus penilaian
- Terima sijil sah KKM hari yang sama
United Academy telah melatih lebih 50,000 pengendali makanan dengan rekod 5⭐ di Google.
➡️ [Daftar Kursus Pengendali Makanan United Academy]
Kesimpulan
Sijil Pengendali Makanan adalah keperluan penting untuk semua pekerja dalam sektor makanan. Ia bukan hanya untuk mematuhi undang-undang, tetapi juga untuk memastikan makanan yang disediakan selamat untuk pelanggan. Sijil sah seumur hidup dan proses mendapatkannya sangat mudah, terutama melalui SLPM seperti United Academy yang menawarkan kelas setiap hari.
Dengan sijil ini, pekerja lebih yakin, majikan lebih teratur, dan premis lebih mudah lulus audit KKM.